Search This Blog

Monday, April 12, 2010

Lawak lawak asli

Seorang kenalan yang sangat minat untuk mengetahui selok belok dan cara kehidupan orang Asli. Duduk bersama sama dengan keluarga orang asli yang bernama Liyeh.. Satu hari Liyeh jatuh sakit dan meninggal..Rupa2 nya cara orang asli di kebumikan tak banyak bezanya dengan cara orang islam di kebumikan...Tapi yang beza nya ialah ukuran kubur orang asli tak sama dengan kubur orang2 Islam. Ukuran nya lebar 6 kaki dan dalam nya 3 kaki sahaja. Setelah di kebumikan maka Pak Batin pun membacakan Talkin. Orang asli pun ada membaca talkin, bergini bunyi talkin itu kata kawan saya.." Liyeh a/l lisut maka tiba lah masa nya. kau berpisah dengan kami, maka selepas ini tinggal lah kau keseorangan di sini, segala amal dan jariah yang kau buat akan di hisab. selepas 7 langkah kami bergerak daripada kubur kau ini maka datang lah maklaikat dia akan bertanya pada kau liyeh..maka jawap lah soalan yang di tanya itu liyeh dengan yakin..Tapi kalau kau tak dapat jawab liyeh, maklaikat itu akan pukul kau liyeh. Kalau dia pukul kau sebelah kiri kau elak lah ke sebelah kanan..kalau di pukul sebelah kanan kau elak lah ke sebelah kiri..Tapi kalau di pukul di tengah2 nasib lah kau Yeh..."