SEREMBAN – Pakatan Rakyat (PR) terus mempertahankan bahawa hubungan antara ketiga-tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP tetap kukuh biarpun diselubungi pelbagai isu dan pergolakan sejak kebelakangan ini.
Justeru, slogan ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ yang dicetuskan PR Negeri Sembilan menjadi titik permulaan kepada mesej jelas bahawa segala konflik sebelum ini tidak menjejaskan hubungan antara ketiga-tiga parti itu.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, konflik dalam PR sebenarnya menguatkan hubungan.
:Menurutnya, ini disebabkan Pas dan DAP tidak pernah meletakkan kepentingan sendiri sebagai agenda, sebaliknya masing-masing sentiasa berfikiran ke arah bersama-sama memantapkan PR.
“Saya bersyukur ke hadrat Allah. Saya tengok, bila kita dipukul (dengan pelbagai isu) macam ni, saya tengok perpaduan kita, Pas, DAP dan PKR lebih kuat.
“Malah, apabila saya tengok jumlah kita (PKR) kurang (dalam Parlimen), saya nak bagi laluan kepada Lim Kit Siang. Belum sempat mesej di terima, Kit Siang jawab tegas iaitu DAP tetap pertahankan kedudukan saya sebagai Ketua Pembangkang.
“Begitu juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau minta semua ahli Pas tandatangan beri kerjasama beri sokongan terhadap saya. Mana nak cari sahabat macam ni?” katanya ketika berucap pada program Ceramah Perdana ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ di Pusat Komersial Oakland, dekat sini malam kelmarin.
Turut memberi ucapan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.
Anwar berkata, beliau penuh yakin PR akan terus menjalinkan kesepakatan dengan misi menubuhkan kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Bila saya mempengerusikan mesyuarat dengan PR, saya pening kepala. Ini realiti, kerana orang yang duduk mewakili tiga parti ini ada prinsip. Mereka tak peduli ada projek atau nak minta tanah.
“Tetapi pemimpin Pas, PKR dan DAP duduk di situ, kita bincang. Tiap perkara yang kita putuskan, kita kena muafakat. Ini baru boleh selamatkan Malaysia,” katanya.
Terdahulu, program ceramah itu turut diselitkan dengan penyerahan dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara tiga pemimpin tertinggi parti dalam PR di Negeri Sembilan yang membuktikan mereka bersatu.
Mereka sebenarnya ingin menunjukkan kepada para penyokong pakatan rakyat bahawa perhubungan di antara ketiga tiga parti ni masih akrab seperti dahulu. Pelbagai isu yang melanda parti Keadilan rakyat itu hanya lah bersifat sementara dan keadaan akan kembali pulih seperti sediakala.
DSAI pada pandangan penyokong BN sudah tempang dah parah, ini adalah kerana sikap nya yang suka mengelak dan melewat-lewatkan kes nya di mahkamah. Sikap nya itu menyebabkan penyokong gulongan lalang telah beralih menyokong kerajaan kerana merasakan bahawa Anwar sedang menyembunyi kan sesuatu daripada khalayak.
Pertambahan bloggers di pihak BN yang makin bertambah dan bercambah dengan pesat nya juga adalah satu ancaman kepada pihak pembangkang. Sehingga kini ramai diantara penyokong BN telah memiliki akaun FaceBook, mereka ini begitu aktif menangkis dakyah pembangkang dengan cepat, sistem maklumat seperti ini amat berkesan kepada pihak BN.
Sebelum PRU ke12 dahulu pihak pakatan rakyat telah mendominasi pengunaan IT ini dan dapat menghantar maklumat dengan cepat, terus ke komputer peribadi tanpa dapat di kesan pihak BN menyebabkan BN kalah teruk di beberapa kawasan dan pembangkang dapat menawan Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, Mereka juga hampir dapat menawan Negeri Sembilan.
Sebenarnya perpaduan diperingkat tertinggi Pakatan Rakyat sudah menampakan sedikit keretakan tetapi cuba di lindungi, kerana mereka merasakan ketua pembangkang Anwar masih lagi berbisa. Kes kes lompat parti terutamanya yang berlaku kepada PKR amat lah memparahkan lagi keadaan. Tindakan tatatertip yang di kenakan kepada YB Zulkifli Nordin juga mengoncangkan kem PKR. YB zul yang begitu vokal dalam memperjuangkan agama islam di lihat sebagai hero olih orang melayu islam. Tekanan YB Zul kepada Wan Azizah presiden PKR membuatkan ahli-ahli PKR berfikir semula akan kebenarannya. Wujud nya Firaun kecil seperti yang di dakwa YB Zul juga membuatkan mereka tertanya tanya siapakah gerangan orang yang di maksudkan olih YB Zul itu.
Pembangkang memang di dalam keadaan yang parah apabila penyokong-penyokong mula berkurangan menghadiri ceramah-ceramah yang di anjurkan sejak kebelakangan ini.
Kekurangan sangat ketara kalau hendak di bandingkan sebelum PRU 12 dahulu. Contoh yang paling baik ialah semasa Ceramah Umum ‘Semboyan Halilintar ke Putrajaya’ yang di adakan di Oakland Seremban 2. Menurut sumber risikan pihak berkuasa cuma 3500 penyokong sahaja yang hadir, berbanding jumlah 8000 orang seperti yang di Umum kan olih pihak penganjur. Sebenarnya pemimpin pemimpin PR tahu akan keadaan ini, mereka tahu penyokong-penyokong dah mula berkurangan.


No comments:
Post a Comment