Search This Blog

Thursday, November 19, 2009

Beginikah sikap yang harus ada pada seorang jurutera JKR

Saya ada bertemu dengan seorang kenalan yang kebetulan bersama-sama bersarapan pagi di sebuah restoran di seremban. Restoran ini kerap saya kunjungi untuk bersarapan pagi dan rakan saya itu juga salah seorang regular customer restoran itu. Sambil menjamu selera kami berbincang tentang isu-isu semasa, termasuklah hal hal kerja yang di lakukannya. Rakan saya ini adalah seorang kontraktor binaan dan sedang menjalankan kerja-kerja JKR . Beliau mengadu kepada saya bahawa kerja-kerja yang dilakukan itu mempunyai masaalah. Kerja yang di jalankan itu adalah kerja-kerja membaiki sekolah yang telah rosak akibat daripada kebakaran. Saya di faham kan bahawa masaalah beliau adalah kerana jurutera ini sering menekan beliau semasa beliau menjalakan kerja-kerja tersebut. Sikap jurutera itu, yang suka menenking-nenking di dalam mesyuarat membuatkan beliau fobia untuk menghadiri mesyuarat sekiranya mesyuarat itu di pengerusikan olih jurutera tersebut. Saya juga di fahamkan bahawa jurutera ini sering memarahi pekerja di bawah jagaan nya di depan khalayak ramai. Sikap nya juga terlalu sombong dan suka berlagak pandai. Beberapa orang pekerja jkr ada mengadu kepada rakan saya dan menyatakan mereka tidak selesa bekerja dengan jurutera tersebut. Ada yang hampir melayangkan surat layang kerana tidak tahan dengan perangai jurutera itu yang agak keterlaluan katanya. Saya terus mendengar cerita rakan saya itu sehingga selesai. Setelah mendengar keseluruhan cerita daripada beliau, saya ingin membawa rakan-rakan pembaca merenung sejenak dan fikirkan apakah tindakan yang perlu di ambil terhadap jurutera ini.


Beberapa arahan daripada jurutera tersebut pada pandangan saya sangat menyimpang dan tidak adil kepada rakan saya itu.


1. Jurutera itu mengarahkan beliau supaya mendapatkan 30 hingga 40 pembekal untuk perbandingan harga barangan perabut sekolah. 9 perbandingan harga yang di ajukan kepada nya, tidak mencukupi katanya. Saya berasa hairan kerana mengapakah jurutera itu mahukan sehingga 40 sebut harga daripada pembekal, sedangkan 4 sebut harga pun pada hemat saya sudah cukup untuk di buat perbandingan. Arahan seperti ini adalah satu pembaziran, untuk mendapatkan 40 perbandingan harga, berapa pula kos yang harus di tanggong rakan saya itu. Yang pasti nya akan menambah kos pengurusan bagi beliau mencari pembekal2 dari negeri lain. Saya di fahamkan bahawa di negeri sembilan ini tidak banyak pengusaha2 kilang perabut kayu.


2. Beliau juga di-arahkan olih jurutera tersebut membeli konkrit daripda pengilang konkrit bagi menyiapkan sebuah rumah pam yang berukuran 15 x 20 kaki persegi. Saya di fahamkan bahawa untuk menyiapkan sebuah banggunan seperti itu, hanya memerlukan beberapa meter padu konkrit saja. Saya juga di fahamkan, kilang pembuat konkrit tersebut sangat jauh, hampir 30 kilometer daripada tempat kerja. Jurutera itu tidak membenarkan membancuh konkrit di tapak walau pun mengunakan jentera pembancuh. Kadang2 kata rakan saya itu beliau kena membayar harga pengangkutan lebih mahal daripada harga bahan konkrit, kerana ada kala nya pengunaan konkrit sangat sedikit dalam sesuatu masa.

Tentunya pembinaan untuk menyiapkan banggunan ini akan mengambil masa yang sangat lama. Padahal banggunan seperti ni bolih di selesaikan dalam masa sebulan sahaja. Rakan saya itu terpaksa menanggung kerugian untuk menyiapkan banggunan itu. Karenah jurutera ini telah menyebabkan dia rugi.


Cukuplah dua kes ini, saya paparkan disini dahulu, kerana ada lagi beberapa isu lain lagi yang di ceritakan kepada saya.


Apa yang nak saya bincangkan di sini ia lah, mengapa seorang pegawai kerajaan yang sepatut nya membantu kontraktor2 untuk terus maju bersikap seperti itu?. Adakah beliau di tempatkan di situ hanya untuk menekan kontraktor2 seperti yang di alami olih rakan saya ini.? Adakah jurutera ini marah di sebabkan kroni nya tidak dapat projek ini, seperti yang di ceritakan olih rakan saya itu?


Adakah sebegini rupa pegawai2 kerajaan yang mengwar-war kan semangat 1 malaysia "Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan." Mana dia semangat mendahulukan rakyat seperti yang di laungkan olih Perdana Menteri ?. Mana pula pencapaian yang ingin di utamakan sekiranya kontraktor2 mengalami kerugian di sebabkan olih arahan-arahan yang tidak manusabah dan tidak menguntungkan kontraktor ?


Sebagai rakan dan pengiat politik, saya berasa bahawa kes-kes seperti ini harus di bawa ke tengah. Kadang2 terfikir juga untuk melaporkan isu-isu seperti ini kepada SPRM supaya di siasat individu ini. Saya melihat sekiranya begini lah sikap sesetengah pekerja kerajaan, maka apa yang di laungkan olih perdana menteri ini akan menjadi sia-sia belaka. Buat lah apa pun semua nya " ibarat mencurahkan air di daun keladi". Kadang-kadang saya terfikir juga, adakah mereka ini penyokong pembangkang yang mahu merosakan image kerajaan ?, Perbuatan nya itu bakal membuatkan rakyat menjadi mundur dan berhadapan dengan kesempitan hidup. Mereka2 yang menghadapi masaalah seperti ini akan menyalahkan kerajaan dan pada pilihan raya ke 13 nanti akan di terjemahkan, dengan mengundi pembangkang. Walau pun gulungan kontraktor yang mengalami masaalah seperti ini tidak ramai, tetapi sudah cukup untuk merosakan keadaan kerana mereka ini terlalu banyak masa untuk bersimbang di kedai kopi dan bolih menjadi pengasut kepada pengundi pengundi lain.

Fikir-fikirkan lah....Apa pandangan anda terhadap masaalah ini ?.

No comments:

Post a Comment