Search This Blog

Saturday, November 21, 2009

NEGERI SEMBILAN SUDAH MAJU

Sudah melebihi 20 tahun saya bermestautin di negeri sembilan, 20 tahun dahulu sebelum saya datang ke negeri sembilan ini, saya menetap di Sungai way Selangor, berkerja dengan syarikat Motorola. Selepas itu berpindah kerja ke Motorola Seremban. Pada masa itu Seremban hanya lah sebuah bandar kecil dan tiada apa-apa yang menarik. cuma ada beberapa tempat saja yang bolih di kunjungi di masa cuti minggu, seperti di lake garden. Pilihan yang ada untuk beriadah di masa itu amat kurang dan terpaksa lah pergi ke luar daripada bandar Seremban. Biasa nya saya akan ke Port Dickson dan Ulu bendul yang agak jauh daripada tempat saya tinggal. Tempat membeli-belah pula, cuma ada satu atau dua tempat saja iaitu Gold shopping center dan Wisma Puncak Emas. Kalau nak kan pilihan yang menarik dan berkualiiti terpasalah saya ke Kuala Lumpur. Pada masa itu bandar Seremban sangat kurang di kunjungi olih orang luar, kerana tiada apa-apa yang bolih menarik perhatian.

Tapi sekarang keadaan sudah banyak berubah, perubahan yang mendadak sejak 5 tahun ke belakang ini telah membuatkan Negeri Sembilan menjadi tumpuan, khusus nya bandar Seremban dan Nilai mula di kunjungi oleh orang orang luar. Di Nilai 3 umpamanya adalah satu lokasi membeli belah yang sangat popular dan di minati olih pengunjung luar. kerana di sini terdapat satu kawasan perniagaan borong, bermacam macam barangan ada di jual di sini secara borong dan murah.
Di Seremban pula telah banyak shopping centre dan tempat2 menarik yang bolih di kunjungi. Ada Jusco,Giant,Tesco dan bermaca-macam lagi tempat untuk membeli belah.

Jalan raya nya sudah di naik taraf berserta dengan jalan bertingkat dan sudah di besarkan, membuatkan bandar Seremban seperti sebuah bandaraya moden. Sistem lalu lintas nya sudah bolih di banggakan dan ada sedang di dalam pembinaan. Sekira nya siap nanti sudah tentunya akan menambahkan keselesaan untuk para pengunjung. bayak tempat2 riadah sudah di naik taraf dan menjadi bertambah menarik.

Tahniah kepada pihak pemerintah yang telah banyak membuat perubahan, terutamanya kepada Menteri Besar Datuk Seri Utama Hj.Muhammad Hasan, kerana di masa beliau menerajui pemerintahan Negeri Sembilan saya bolih lihat sendiri Negeri sembilan berkembang dengan pesatnya. Saya berharap pemerintahan nya akan berkekalan lama supaya pembanggunan di Negeri Sembilan ini akan bertambah maju lagi.

No comments:

Post a Comment